1. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran pengurusan dan ikhtisas sekolah.
2. Setiausaha Jemaah Lembaga Pengelola/Lembaga Pengurus Sekolah.
3. Bertanggungjawab terhadap polisi dan objektif sekolah mengikut Polisi Kementerian Pendidikan dan Objektif Pendidikan Negara.
4. Perancang semua bidang tugas dan gerak kerja di sekolah.
5. Ketua penilai perancangan dan hasil-hasil usaha kakitangan dan pelajar di sekolah.
6. Ketua bimbingan kepada semua anggota kakitangan, guru dan bukan guru.
7. Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
8. Pengerusi Lembaga Tatatertib Kakitangan Sekolah.
9. Pengerusi Lembaga Tatatertib Pelajar Sekolah.
10. Pengerusi Jawatankuasa Ko-kurikulum Sekolah.
11. Bertanggungjawab terhadap Kewangan dan Akaun Sekolah.
12. Pendaftar Persatuan/Kelab yang wujud dan diluluskan oleh sekolah.
13. Ketua Pegawai Perhubungan di antara sekolah dengan orang ramai, Jabatan-Jabatan Kerajaan antara anggota kakitangan dan pelajar dan di antara mana-mana kumpulan bawah bidang kuasa sekolah.
14. Ketua protokol bagi semua acara sekolah.
15. Bertanggungjawab atas peraturan keselamatan harta-nyawa di sekoah.
16. Penyelaras semua surat-menyurat antara sekolah-sekolah dan pihak luar.
17. Ex-officio Persatuan Ibu bapa dan guru-guru sekolah.
18. Mewakili sekolah secara rasmi.
19. Bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal sekolah, ketenteraman, keselamatan dan lain-lain.
20. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa.
Bidang Tugasan Guru 1
7:20 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)